BAGAIMANA BELI RUMAH SUBSALES?

Apa itu rumah subsales? Rumah subsales adalah rumah yang didiami oleh tuan rumah, yang mana pembeli akan membeli rumah melalui tuan rumah tersebut. Bukan beli dari developer. Bagaimana proses nya? Prosesnya lagi cepat dari rumah baru. Rumah baru perlu tunggu rumah siap, manakala rumah subsales rumah yang sudah siap dan didiami oleh tuan rumah itu sendiri. Kemudian, yang membezakan proses itu cepat atau lambat adalah berdasarkan status rumah tersebut. Seperti Freehold(pegangan selamanya) atau Leasehold(pegangan selama 99tahun). Freehold memerlukan tempoh proses selama 3-4bulan manakala Leasehold memerlukan tempoh proses 6bulan atau lebih.

Rumah subsales memerlukan cash untuk membayar fii yang terlibat. Jadi, anda perlu bersedia dengan cash yang secukup untuk membeli rumah subsales. Jum kita lihat apa yang perlu kita bayar menggunakan cash. **Bayaran dibawah hanya untuk pembeli sahaja.

– Deposit 10% dari harga rumah. Contoh : Harga rumah RM180,000*10%=RM18,000

– Lawyer bank; iaitu perjanjian antara bank dan peminjam. Anggaran 3.5% atau lebih, kiraan sebenar dari pihak lawyer.

– Lawyer SNP(Sale and Purchase); iaitu perjanjian antara pembeli dan penjual. Anggaran 3.5% atau lebih, kiraan sebenar dari pihak lawyer. Bergantung samada anda layak atau tidak untuk pengecualian setem duti. 

Valuer RM800 ke atas. Yang dibayar oleh pembeli. Kenapa perlu valuer? Ini kerana, valuer perlu menilai harga sebuah rumah dan sediakan report untuk dihantar kepada bank bagi memproses loan pembeli.

Untuk mengetahui lebih lanjut proses jual beli rumah subsales, boleh hubungi saya di 018-8727543. Terima kasih, semoga bermanfaat!

HUBUNGI KAMI