kiraan kelayakan pembelian rumah

Sebelum anda ingin membeli rumah, terlebih dahulu dinasihatkan untuk semak dahulu kelayakan pembelian rumah. Penting ke? Penting! Pertama, supaya tahu berapa harga rumah yang anda mampu untuk dibeli, agar tak terbeban dek hutang dekat bank. Kedua, memudahkan urusan jual beli dengan agent. Inform sahaja pada agent berapa harga rumah yang anda layak. Terakhir, menyenangkan anda untuk menyediakan “cash” untuk beli rumah jua. 

Jadi, mari kita kira! Atau, boleh minta banker atau agent kirakan. 

lANGKAH 1


Contoh GAJI KASAR RM4,000

Gaji bersih – potongan tetap (EPF, SOCSO, tax) = Gaji Bersih

Contoh : RM4,000 – RM300 = RM3,700

LANGKAH 2

Kira Debt Service Ratio (DSR)                        

Setiap bank ada max DSR yang berbeza.

DSR : GAJI >RM3,000 = 70%                                              <RM3,000 = 50%

RM3,700 x 70% = RM2,590 – ini adalah hutang yang boleh ada. Kalau lebih, dikira “burst” atau “over capacity” untuk berhutang lagi. Bila “burst”, loan akan ditolak. Sebab luar kemampuan. 

 

 

lANGKAH 3


Kira komitmen bulanan (semua loan yang ada)

Contoh : Kereta, Motor, Kad Kredit, Personal Loan, PTPTN, Mara

DSR max – komitmen

RM2,590 – RM690(loan kereta) = RM1,900 (baki komitmen yang boleh digunakan)

lANGKAH 4


Kira harga rumah berdasarkan “rule of 200”

Baki komitmen sebagai ansuran bulanan X 200 = Harga rumah mampu beli

RM1,900 x 200 = RM380,000

Ini lah harga rumah yang anda layak dan mampu beli, inshaAllah.

HUBUNGI KAMI